Friday, 12 June 2015

Sweet Escape Part 1

Assalamualaikum and Hi,


Gambar google. 

June 10th 2015

Melaka. Wuu, sapa yang tak tau Melaka tu apa? Melaka is the historical place in Malaysia. The land of born 5 Malay warriors. Walaupun Melaka ni terletak dalam Malaysia, tapi ni adalah 1st time aku menjejakkan kaki ke tanah bersejarah. Waktu study week & nak dekat final lah kaki ni rasa gatal nak pergi jenjalan. Nasib baik ada teman yang sudi menjadi driver & guide tour. Kalau aku sesorang mesti da sesat. 

Kami bertolak dalam pukul 10:15 pagi waktu tempatan, so, perjalanan ke sana mengambil masa selama 1 jam 40 minit (waze). Tapi dan tapi, kitaorang sampai ke Melaka pukul 1 petang. Yelah, masa bertolak tu, kitaorang da sesat,bayangkan masa ni kitaorang masih lagi dalam kawasan Selangor. Tu pun da sesat. Semua ini adalah salah waze. Hehe. Sebenarnya tu salah aku, co driver yang tak arif bab2 peta. Jadi, kitaorang terpaksa mencari jalan yang benar untuk ke sana. Maafkan saya ye driver. Haha. 

So, sesampai ja kat sana ada lagi masalah. Masalah nak cari parking pula. Oh my, i forgot that day still school holiday. No wonder all car park full. Sebenarnya, parking ada ja cuma berbayar sejam entry RM3. Punya lah kedekut xnak ambik parking ni, yalah takut gak kang terlebih excited nak berjalan sampai berjam jam fee parking pun kang excited juga. 

Sebelum kitaorang mulakan misi berjalan jalan, solat and makan asam pedas dekat restoran Selera Kampung. Asam pedas kat restoran tu sedap not bad. So, sapa2 nak kesana boleh lah mencuba asam pedas mereka. 



Gambar google, tak sempat snap picture sebab da lapar hahah. Masa makan haritu orang ramai sangat. Restoran penuh nasib baik ada meja kosong

After makan, we round satu tempat tu, so many beautiful place to visit. Nak ambik gambar berlatarkan tempat tempat tu memang sangat sangat cantik. Rugi tak pergi.

So, its time to take a picture and sightseeing in Melaka.



Papan tanda menuju ke Rumah Melaka. Tapi kitaorang tak pergi pun. 





Pakcik ni nyanyi sedap ok. Kalah suara aku. Haha


See, ramai pelancong datang sebab tu parking xda. Haha



Nampak x siapa kat tingkap tu. Sorry achong (bukan nama sebenar), wa ambik gambar lu tidak senyum. 


Bye2 moyang. 




See, parents ambik kesempatan ni bawa anak anak melawat tempat2 bersejarah. 


Beca banyak tapi xsempat naik. T.T




Nama saya Amoi, saya pigi ini tempat mau melawat saya punya nenek moyang dahulu kala. Haiya. 






Kidnapped this 3 kids, bawa dorang snap picture berlatar kan kapal. Nasib baik bebudak ni sporting. 





Selepas penat berjalan, rehat kejap atas padang. Acah acah dekat oversea gitu.


Last destination, adalah Pantai Klebang. Hajat dihati nak tengok sunset. Feeling2 sweet gitu. Tapi apakan daya hari tu cuaca redup. 

So, banyak lagi tempat kat Melaka tu yang tak sempat nak teroka, in shaa Allah sekiranya nyawa masih ada aku akan kesana lagi. Dan berbalik kepada bayaran tiket parking tu, x mahal pun. Berjam jam kitaorang jejalan total parking fee RM6. 


Next destination: Kellie castle, Perak (in Shaa Allah). 










Saturday, 18 April 2015

Promosi: Jom Shopping Di Giant!

Assalamualaikum dan Hi,


Giant. Alahai, sapa tak kenal dengan Giant ni. One Malaysia knew about its existing. Banyak sangat barang yang dijual dekat Giant ni. Nak cari barang dapur. Yes !, Giant ada barang basah. Nak cari barang untuk bilik tidur contohnya bantal, comforter, blanket, cadar dan sebagainya. Yes ! Giant pun ada barang tu. Nak cari baju baby. Yes! Giant pun ada. Terlalu banyak barang yang Giant jual sampai aku tak larat nak senaraikan. 

Ni adalah antaranya barang2 yang mendapat diskaun dari Giant Store.


Jadi, sesiapa yang selalu dan suka beli barang dekat store Giant ni, aku ada berita baik untuk korang semua. Now ! ea sekarang dalam bahasa. Giant tengah buat promosi tu ! Wuuu, Rugi siapa tak datang. Sambil membeli bolehlah berjimat dengan Giant. Nak listkan semua barang yang tengah promosi tu aku tak larat korang boleh check sendiri dekat page Giant Store


Ni dekat Giant Store Peninsular sahaja





Dua katalog yang tidak berwarna adalah bagi Giant Store Sabah dan Sarawak. 

Hah, lagi satu promosi ni valid satu Malaysia yang ada Giant Store Sabah dan Sarawak pun tau. Yang ada membership card tu boleh redeem reward lagi tau. So, cepat2 rebut peluang ni.  Jangan lepaskan. Promosi ni ada yang sampai bulan May dan June uolls ! Aku tak tipu korang. Korang check kat laman web ni Promosi Giant. Apa2 pun selamat membeli belah bersama Giant. Nak beli barang untuk raya pun boleh dah. 

Moral of the story : Buatlah pilihan dengan bijak semasa berbelanja. 


Friday, 17 April 2015

Tips : Mengelakkan Poket Kosong

Assalamualaikum & Hi,

Kali ini aku nak share something rasanya amat berguna kepada semua orang terutamanya pelajar. Aku mengaku aku adalah seorang yang boros, tapi belum sampai ketahap serius masih ditahap yang selamat.

Tip 1: Dapat duit terus bank in ke mak atau mak sedara minta dorang simpankan.

Ni yang aku buat bila duit da masuk akaun, aku start buat ni masa naik semester 2. Jadi kepada pelajar yang mendapat tajaan atau pinjaman JPA, Yayasan, Mara, PTPTN dan sebagainya mesti rasa heaven kan duit dah masuk (duit sementara) .Yang dapat tajaan dari Pa&Ma dah pergi duduk diam2 sambil makan kek,(nada jeles). Jadi, aku nak bagi tips mungkin berguna kepada korang semua. Duit  yang masuk kedalam akaun, aku terus pergi bayar yuran sebab tak boleh tangguh2 dan bank in ke akaun mak sedara aku. Tapi, jangan salah bank in pula. Kang ada yang terbank in ke akaun boyfriend. Nayah beb! Tak pasal2 duit tu dia buat modal joli dengan aweks baru. :D. Jadi, dengan cara ni duit aku (amaun dirahsiakan) selamat dari dinodai. Menyesal pula tak buat masa semester pertama. Sob sob. Jadi, baki yang ada dekat poket korang tu, pandai2 la jimat ea.

Tip 2: Kurangkan shopping ataupun membeli belah.

Yang ni mungkin sesuai kepada yang suka membeli belah. Aku pula jenis yang jarang membeli belah jadi duit selamat sikit. Tapi aku suka beli makanan. Duit banyak keluar untuk makan sahaja. yang menyedihkan berat badan tak naik2 pun. Sob2. So, bila da ada duit jangan terus terfikir nak tukar gajet baru seperti handphone, kamera, goPro dan lain2. Tapi kalau nak juga takpa, itu hak masing2 kan. Peace V.

Tip 3: Guna Meal Plan.

Dekat UPM ni tak tau lah U lain, pelajar tahun pertama wajib guna meal plan yang telah disediakan oleh sistem Universiti. Nak mengajar pelajar tahun 1 untuk berjimat. Ni cerita lebih lanjut mengenai  Meal Plan UPM. Bagi aku, sistem ni bagus sebab pelajar tak payah bawah duit tunai cuma bawa sekeping kad. Wuu, macam kad kredit pula. Jadi dari sistem ni, duit tak keluar sangat sebab duit dalam kad meal plan ni da termasuk dalam yuran pengajian. Jumlah duit dalam meal plan ni RM400, kalau aku tak salah, jadi boleh tahan selama beberapa bulan.

Tip 4: Kad ATM

Apasal pula kad ATM pun jadi tip. Ok, sebenarnya kad ATM adalah rakan baik dan musuh kita. Why I say it like that? Sebab, bila didalam akaun kita ada duit kita akan selesa. Kita kemana mana pun tak rasa bimbang sebab kita ada 'rakan & musuh' ketat yang sentiasa di dalam dompet. Mungkin ada diantara kita jenis yang pandai mengawal diri dari melakukan withdrawal dari ATM, mungkin ada yang cuai dan mungkin ada yang boros (kena batang hidung sendiri). Jadi, untuk menggelakkan kad ATM ni menjadi musuh kita, elok kiranya kita berikan kepada sesiapa yang kita percayai agar menyimpan kad tersebut. Jadi, dari cara tu kita terhindar daripada menggeluarkan wang. Tapi kalau ada kecemasan minta balik kad tu dari dia. :D

Moral of the story:
Berjimat cermat lah. Semoga aku dapat mengamalkan tips yang tersenarai. Amin.

Same brand but different product

Assalamualaikum and hi,

Today I would to share about one famous brand face wash Garnier. I confident all of you know and recognized this brand. Its been famous among women and man. Even though I had been used this brand as my face wash for couple of years, I still didn't know where exactly this brand come from. Perhaps, I should do some research about this brand. Actually, I don't want to talk about history about this brand, I'm just to share my own testimony used two different product but same brand. (Penat pulak nak mengarang guna omputih ni) 


Ok, ni adalah dua jenis produk dari jenama yang sama. Sebelah kiri pencuci muka yang selalu aku guna. Yang sebelah kanan kecil kontot tu aku dapat free masa pekerja2 Garnier buat promosi dekat kafe kolej aku. Even aku tak guna pun jenis yang sebelah kanan tu, tapi aku bedal ja. Da orang bagi kita ambil. Bak pepatah melayu, rezeki jangan di tolak, bala jangan dicari. 

Lepas da dapat tu pandai2 la simpan kan. Aku rasa yang kecil tu da beberapa minggu dalam beg baru  bebrapa hari yang lepas aku cuba nak guna. Konon2 nak tengok dan merasa apa kelainan diantara dua jenis produk yang berbeza ni. So, a few days ago, I tried to used it. For the first time nothing happen just same like others face wash that clean your face from dust and removed the oil from our face. But, 1 thing that I don't like bau dia tak berapa nak sedap, tak wangi. A smell just like a medicine. Ewuyy. Nasib baik percuma. Fuhh~~

Yang sebelah kiri tu paling aku suka sebab bau dia bau lemon, very fresh. Multi action brightening foam with pure lemon essence sebab tulah bau lemon. Lepas pakai mesti kulit rasa segar, halus (walaupun tak sehalus sutera cina) tapi ok. Sangat jimat sebab boleh guna beberapa bulan bergantung kepada kuantiti yang korang nak guna. 

Forgot to tell, actually yang kecil comel tu functionnya adalah untuk fight signs of acne. Pure active, purifying salicylic acid plus herbarepair. Sebab tu bau macam ubat.  Alhamdulillah, I don't have any serious skin problems cuma kulit muka kering ja dan kusam T.T. Tu pun da gelabah macam cacing nak try fight masalah tu. Tapi lepas guna yang kecil kontot tu muka aku diserang oleh Miss J, mungkin sebab tak sesuai dengan kulit or mungkin kulit aku terkejut. Tapi takpa, beberapa hari ni Miss J akan pergi. Sabar wahai hati. Aku tertanya tanya apa sebenarnya fungsi salicylic acid ni dalam pencuci muka, so setelah melakukan soal jawab dengan pakcik google akhirnya terjawab juga persoalan dibenak hati ini. 

Asid salicylic ni merupakan beta semula jadi asid hydroxy yang boleh diperolehi daripada kulit pokok willow. Asid ni mempunyai manfaat dalam bidang kosmetik dan perubatan. So, jangan bimbang dan getar ea. Ni bukan asid yang mencacatkan muka. Dibawah ni merupakan beberapa fungsi asid salicylic;
  • Bertindak sebagai agen penggelupasan
  • Merupakan bahan terbaik merawat jerawat
  • Berkesan dalam menghilangkan kesan regangan kulit, parut dan penuaan kulit

So, maybe for those that have a skin problems like acne can try this one. Kalau tak nak guna brand yang ni boleh beli brand yang lain. But make sure ada salicylic acid ea. 



Moral of the story, sebenarnya, apa2 produk pencuci muka yang kita nak guna hendaklah bersesuaian dengan kulit muka kita. Jangan cuba benda lain yang kita tak tau kesesuaiannya terhadap kulit kita. 

Thursday, 16 April 2015

This is about Me

Assalamualaikum & hai,


For this entry, actually i would like to talk something about my writing in this blog. Tu dia speaking omputeh bak ang. Sebenarnya, cara penulisan aku dalam blog ni berubah ubah bergantung kepada emosi dan juga cerita yang hendak disampai. Kekadang cara penulisan aku akan berubah menjadi sedikit serius, medium serius dan serius tahap semua tahap. 

Kekadang ayat akan menjadi skema walaupun aku sebenarnya bukan budak skema. (mungkin sedikit skema) :B. Perubahan kepada penulisan aku ni, aku nak korang semua (macam ramai followers pulak cik bedah ni) merasai dan mendalami sendiri perasaan yang tertanam didalam hati kecil ini. Bagaimana sekecil perasaan boleh mempengaruhi cara penulisan aku. Sungguh hebat perasaan ini. 

Jadi, kesimpulannya, apa yang nak aku sampaikan ini. Sekiranya penulisan dalam entry blog ni sedikit serius atau terlebih ayat2 yang kira high juga. Itu sebenarnya mood telah bertukar menjadi seorang sasterawan yang tidak kesampaian. Sekiranya penulisan yang macam entah apa tu sebenarnya mood tengah nak jadi pelawak yang tak berapa nak lawak. (sambil bunyi burung gagak)

Jadi, aku harap semua faham cerita yang cuba aku sampaikan. Walaupun sebenarnya tak sampai. :D

Ke Kedah lah Kita

Assalamualaikum dan Hai,

Hari 1 (11.4.2015) 

Tepat pukul 5.30 pagi waktu Malaysia, akhirnya kami sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat, Alhamdulillah. Walaupun perjalanan untuk sampai ke destinasi kami ini mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 6 hingga ke 7 jam sehinggakan kekebasan di bontot dan leher terasa, namun perasaan lega sentiasa terbit di sanubari sekaligus melegakan kekebasan itu. 





Gambar diatas merupakan gambar pertama yang aku ambil sesampai ke Kedah. Harap dimaafkan kerana gambar tidak secantik yang diimpikan kerana lens kamera berwap disebabkan perjalanan yang mengambil masa berjam jam ditemani dengan penghawa dingin bas. Suasana yang masih diselimuti dengan cahaya bulan. Sangat cantik. Hampir 20 minit berdiri dan menunggu ditepian jalan raya, dan akhirnya mak Nina datang menjemput kami. 

Destinasi seterusnya ialah ke Pokok Sena, sebenarnya Pokok Sena adalah kampung kepada Nina, jadi selama beberapa hari tu kami menginap di rumah milik Nina. Sesampai dekat rumah Nina, kami solat subuh dan bersiap untuk bergerak ke Kg Belantik Sik bagi melakukan temuramah bersama pengurus koperasi padi disana. Perjalanan ke Kampung Belantik mengambil masa selama beberapa jam tapi tak la memakan masa selama 6 jam untuk sampai.  

Surprisely, untuk sampai ke kampung tersebut sangat lah menguji kesabaran dan kemahiran pemanduan anda. Jadi, sesiapa yang teringin ke sana pastikan anda beristighfar terlebih dahulu kerana jalan yang hendak dilalui sangat jauh dan kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta. Namun, kesabaran melalui jalan tersebut terbayar apabila anda tiba di kampung tersebut. Keindahan dan hamparan hijau yang terbentang di mata tidak bisa digambarkan dengan kata2 manis. Hanya tangkapan foto yang hanya boleh disajikan bagi kongsian bersama. 

























Kejernihan air yang mengalir ibarat membawa segala bebanan yang terasa di dada hilang dibawah arus. Kedinginan air membawa arus yang mendamaikan kepada setiap tapak tangan yang menyentuhnya. Mengukir senyuman diwajah setiap insan yang melihat keindahan alam semulajadi. Ayat power gitu.

















Biarkan gambar berbicara mengenai keindahan alam yang terbentang dan terjaga daripada tangan2 manusia yang merosakkan. Segala rasa keletihan hilang setelah dihidangkan dengan pemandangan yang mendamaikan mata dan hati. Jauh dari kesibukan kota, asap yang mencemarkan. 

2.30 PM

Ketidakpuasan kerana terpaksa meninggalkan tempat itu yang terbit dihati terpaksa dibiarkan hanyut bersama arus air yang menenangkan. Setelah selesai segala urusan di kampung tersebut, kami mula bergerak menuju ke Sungai Petani untuk ke rumah Ana. Perjalanan yang sangat panjang namun segala keindahan alam sentiasa terhidang untuk disajikan sebagai tatapan mata di sebelah kiri dan kanan jalan. Bukit bukau yang megah saling tidak tumpah seperti hamparan bukit bukau di kampung halaman ku yang jauh berjuta batu dari sini. Segalanya mengamit memori.