Assalamualaikum dan Hai,
Hari 1 (11.4.2015)
Tepat pukul 5.30 pagi waktu Malaysia, akhirnya kami sampai ke destinasi yang ditujui dengan selamat, Alhamdulillah. Walaupun perjalanan untuk sampai ke destinasi kami ini mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 6 hingga ke 7 jam sehinggakan kekebasan di bontot dan leher terasa, namun perasaan lega sentiasa terbit di sanubari sekaligus melegakan kekebasan itu.
Gambar diatas merupakan gambar pertama yang aku ambil sesampai ke Kedah. Harap dimaafkan kerana gambar tidak secantik yang diimpikan kerana lens kamera berwap disebabkan perjalanan yang mengambil masa berjam jam ditemani dengan penghawa dingin bas. Suasana yang masih diselimuti dengan cahaya bulan. Sangat cantik. Hampir 20 minit berdiri dan menunggu ditepian jalan raya, dan akhirnya mak Nina datang menjemput kami.
Destinasi seterusnya ialah ke Pokok Sena, sebenarnya Pokok Sena adalah kampung kepada Nina, jadi selama beberapa hari tu kami menginap di rumah milik Nina. Sesampai dekat rumah Nina, kami solat subuh dan bersiap untuk bergerak ke Kg Belantik Sik bagi melakukan temuramah bersama pengurus koperasi padi disana. Perjalanan ke Kampung Belantik mengambil masa selama beberapa jam tapi tak la memakan masa selama 6 jam untuk sampai.
Surprisely, untuk sampai ke kampung tersebut sangat lah menguji kesabaran dan kemahiran pemanduan anda. Jadi, sesiapa yang teringin ke sana pastikan anda beristighfar terlebih dahulu kerana jalan yang hendak dilalui sangat jauh dan kecil yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta. Namun, kesabaran melalui jalan tersebut terbayar apabila anda tiba di kampung tersebut. Keindahan dan hamparan hijau yang terbentang di mata tidak bisa digambarkan dengan kata2 manis. Hanya tangkapan foto yang hanya boleh disajikan bagi kongsian bersama.
Kejernihan air yang mengalir ibarat membawa segala bebanan yang terasa di dada hilang dibawah arus. Kedinginan air membawa arus yang mendamaikan kepada setiap tapak tangan yang menyentuhnya. Mengukir senyuman diwajah setiap insan yang melihat keindahan alam semulajadi. Ayat power gitu.
Biarkan gambar berbicara mengenai keindahan alam yang terbentang dan terjaga daripada tangan2 manusia yang merosakkan. Segala rasa keletihan hilang setelah dihidangkan dengan pemandangan yang mendamaikan mata dan hati. Jauh dari kesibukan kota, asap yang mencemarkan.
2.30 PM
Ketidakpuasan kerana terpaksa meninggalkan tempat itu yang terbit dihati terpaksa dibiarkan hanyut bersama arus air yang menenangkan. Setelah selesai segala urusan di kampung tersebut, kami mula bergerak menuju ke Sungai Petani untuk ke rumah Ana. Perjalanan yang sangat panjang namun segala keindahan alam sentiasa terhidang untuk disajikan sebagai tatapan mata di sebelah kiri dan kanan jalan. Bukit bukau yang megah saling tidak tumpah seperti hamparan bukit bukau di kampung halaman ku yang jauh berjuta batu dari sini. Segalanya mengamit memori.
No comments:
Post a Comment