Assalamualaikum dan Hi,
10.04.2015
Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menjejakkan kaki, menggembara, menerokai, mengenali dan men men semuanya ke salah satu negeri kelahiran rakan sekelas aku iaitu Kedah. Sebenarnya, tujuan aku ke Kedah bukanlah untuk makan angin sampai kembung perut. Tujuan utama adalah untuk menjalankan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Norsidah bagi subjek Koperasi Pertanian. Walaupun subjek ini merupakan subjek elektif namun aku tidak boleh memandang enteng kerana ianya akan mempengaruhi pointer aku untuk semester ini. Namun, tidak salah sekiranya kita menyelam sambil minum air. Bak kata orang, belajar2 juga masa untuk diri sendiri juga perlu diutamakan. Jadi inilah masa untuk kita menjelajah. Oh yeah! lets go to Kedah.
Aku dan 6 orang rakan yang lain hanya menaiki bus untuk ke Kedah. Ini adalah pengalaman yang tak tau keberapa menaiki bus untuk ke destinasi yang ditujui. Jadi tepat pukul 8.00 malam, aku dan rakan2 yang lain bertolak untuk ke KTM Serdang dengan menaiki Bas Nadi Putra dan dari KTM Serdang ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) . Walaupun masa perjalanan bus kami adalah 11.30 malam kami terpaksa bergerak lebih awal. Almaklumlah, kami hanya menaiki bus Nadi Putra ke KTM. Takut sekiranya bergerak lambat, kami tidak sempat sampai ke TBS dan pabila terlambat alamatnya semua rancangan ke Kedah gagal.
Sampai sahaja dekat TBS, kami segera ke cafe yang berdekatan untuk mengisi perut sebelum bertolak ke Kedah. Suasana di TBS sangat menyelesakan, struktur dan sistem yang digunakan tidak ubah seperti Lapangan Terbang cuma ini adalah Terminal Bas. Namun segala prasana yang disediakan di TBS sangat tip top. Jadi tidak rugi rasanya datang lebih awal dari masa yang sepatutnya.Tepat pukul 11.30 malam, bus yang kami naiki perlahan lahan mula meninggalkan terminal dan tidak lama kemudian kami semua lena dibuai mimpi dalam keadaan duduk selama 6 jam.
cerita bersambung Day 1
No comments:
Post a Comment