Thursday, 16 April 2015

This is about Me

Assalamualaikum & hai,


For this entry, actually i would like to talk something about my writing in this blog. Tu dia speaking omputeh bak ang. Sebenarnya, cara penulisan aku dalam blog ni berubah ubah bergantung kepada emosi dan juga cerita yang hendak disampai. Kekadang cara penulisan aku akan berubah menjadi sedikit serius, medium serius dan serius tahap semua tahap. 

Kekadang ayat akan menjadi skema walaupun aku sebenarnya bukan budak skema. (mungkin sedikit skema) :B. Perubahan kepada penulisan aku ni, aku nak korang semua (macam ramai followers pulak cik bedah ni) merasai dan mendalami sendiri perasaan yang tertanam didalam hati kecil ini. Bagaimana sekecil perasaan boleh mempengaruhi cara penulisan aku. Sungguh hebat perasaan ini. 

Jadi, kesimpulannya, apa yang nak aku sampaikan ini. Sekiranya penulisan dalam entry blog ni sedikit serius atau terlebih ayat2 yang kira high juga. Itu sebenarnya mood telah bertukar menjadi seorang sasterawan yang tidak kesampaian. Sekiranya penulisan yang macam entah apa tu sebenarnya mood tengah nak jadi pelawak yang tak berapa nak lawak. (sambil bunyi burung gagak)

Jadi, aku harap semua faham cerita yang cuba aku sampaikan. Walaupun sebenarnya tak sampai. :D

No comments:

Post a Comment