Friday, 17 April 2015

Tips : Mengelakkan Poket Kosong

Assalamualaikum & Hi,

Kali ini aku nak share something rasanya amat berguna kepada semua orang terutamanya pelajar. Aku mengaku aku adalah seorang yang boros, tapi belum sampai ketahap serius masih ditahap yang selamat.

Tip 1: Dapat duit terus bank in ke mak atau mak sedara minta dorang simpankan.

Ni yang aku buat bila duit da masuk akaun, aku start buat ni masa naik semester 2. Jadi kepada pelajar yang mendapat tajaan atau pinjaman JPA, Yayasan, Mara, PTPTN dan sebagainya mesti rasa heaven kan duit dah masuk (duit sementara) .Yang dapat tajaan dari Pa&Ma dah pergi duduk diam2 sambil makan kek,(nada jeles). Jadi, aku nak bagi tips mungkin berguna kepada korang semua. Duit  yang masuk kedalam akaun, aku terus pergi bayar yuran sebab tak boleh tangguh2 dan bank in ke akaun mak sedara aku. Tapi, jangan salah bank in pula. Kang ada yang terbank in ke akaun boyfriend. Nayah beb! Tak pasal2 duit tu dia buat modal joli dengan aweks baru. :D. Jadi, dengan cara ni duit aku (amaun dirahsiakan) selamat dari dinodai. Menyesal pula tak buat masa semester pertama. Sob sob. Jadi, baki yang ada dekat poket korang tu, pandai2 la jimat ea.

Tip 2: Kurangkan shopping ataupun membeli belah.

Yang ni mungkin sesuai kepada yang suka membeli belah. Aku pula jenis yang jarang membeli belah jadi duit selamat sikit. Tapi aku suka beli makanan. Duit banyak keluar untuk makan sahaja. yang menyedihkan berat badan tak naik2 pun. Sob2. So, bila da ada duit jangan terus terfikir nak tukar gajet baru seperti handphone, kamera, goPro dan lain2. Tapi kalau nak juga takpa, itu hak masing2 kan. Peace V.

Tip 3: Guna Meal Plan.

Dekat UPM ni tak tau lah U lain, pelajar tahun pertama wajib guna meal plan yang telah disediakan oleh sistem Universiti. Nak mengajar pelajar tahun 1 untuk berjimat. Ni cerita lebih lanjut mengenai  Meal Plan UPM. Bagi aku, sistem ni bagus sebab pelajar tak payah bawah duit tunai cuma bawa sekeping kad. Wuu, macam kad kredit pula. Jadi dari sistem ni, duit tak keluar sangat sebab duit dalam kad meal plan ni da termasuk dalam yuran pengajian. Jumlah duit dalam meal plan ni RM400, kalau aku tak salah, jadi boleh tahan selama beberapa bulan.

Tip 4: Kad ATM

Apasal pula kad ATM pun jadi tip. Ok, sebenarnya kad ATM adalah rakan baik dan musuh kita. Why I say it like that? Sebab, bila didalam akaun kita ada duit kita akan selesa. Kita kemana mana pun tak rasa bimbang sebab kita ada 'rakan & musuh' ketat yang sentiasa di dalam dompet. Mungkin ada diantara kita jenis yang pandai mengawal diri dari melakukan withdrawal dari ATM, mungkin ada yang cuai dan mungkin ada yang boros (kena batang hidung sendiri). Jadi, untuk menggelakkan kad ATM ni menjadi musuh kita, elok kiranya kita berikan kepada sesiapa yang kita percayai agar menyimpan kad tersebut. Jadi, dari cara tu kita terhindar daripada menggeluarkan wang. Tapi kalau ada kecemasan minta balik kad tu dari dia. :D

Moral of the story:
Berjimat cermat lah. Semoga aku dapat mengamalkan tips yang tersenarai. Amin.

No comments:

Post a Comment