Wednesday, 8 April 2015

Pengembaraan Ke Tanah Semenanjung

Assalamualaikum dan Hi.

Tanggal bulan September 2014 yang telah beberapa bulan berlalu adalah tanggal dimana aku kembali berjuang dalam mengejar cita2. Aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke salah satu Universiti yang terkemuka di Malaysia iaitu UPM. Tapi ini bukan UPM yang terletak di Bintulu ini adalah UPM yang terletak di Selangor nun jauh disana dan secara jujurnya aku nak mengaku ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tanah Semenanjung yang dikenali sebagai Tanah Malaya pada zaman dahulu kala.

Dan sekali lagi aku akan terbang jauh dari negeri kelahiran ku Sabah. Aku sebenarnya memang seorang yang suka dan gemar untuk pergi ke tempat yang jauh untuk belajar. Bak kata orang jauh perjalanan luas pandangan dan aku akui kata2 tersebut adalah benar kerana sepanjang penerbangan ke sini aku dapat melihat langit yang berwarna biru dan awan putih yang gebu bak cotton candy (yummy). 

Penerbanganku dari KKIA menuju ke KLIA mengambil masa selama 2 jam dan masa tersebut aku rasakan sangat menyeksakan. Namun penyeksaan selama 2 jam itu berakhir pabila juruterbang mengumumkan bahawa kami akan mendarat dalam masa selama 5 minit. Alangkah gembiranya rasa dihati ini. Namun, dalam kegembiraan hati terselit rasa teruja, sedih, gementar. Aku amat bersyukur sekurang kurangnya aku tidak keseorangan di sini kerana abang dan pakcik adik kepada bapa aku ada disini untuk membantuku.

Hari pertama menjejakkan kaki kesini perasaan homesick mula bertamu kedalam hati yang tak sebesar mana untuk menampung perasaan ini, namun aku cuba untuk mengusir perasaan ini dengan memberi kata2 dorongan kepada diriku sendiri. Hendak meluahkan rasa segan nanti dikatakan kebudak budakan pula, Mengingat kembali membuatkan aku menyimpul senyum. Namun itu la diriku yang memang tidak pandai meluahkan rasa hati walaupun kepada orang yang amat aku kenali.

Perbezaan waktu, suasana disini memang membuatkan aku teringat kepada kampung halamanku yang mana pukul 7 disini masih lagi disimbahi dengan cahaya jingga yang terbit dari ufuk barat berbeza sekali dengan di tempat ku malam telah memberi salam kepada siang untuk berganti tugas. Aku sedar, aku harus kuat untuk melawan segala rasa dihati.

Namun inilah kisah di hari pertama di Semenanjung.





No comments:

Post a Comment