Wednesday, 8 April 2015

Hari Pertama Pendaftaran

Part I


Hati yang berdebar dari malam ke siang tidak mampu dibendung lagi, Segala rasa bercampur baur, antara gembira, teruja, sedih, takut dan segala menjadi satu dan terbenam kedalam hati kecil. Hari pendaftaran ke UPM, hanya abang dan pakcik yang menemaniku kerana hanya mereka yang ada disini, Perjalanan ke UPM dari rumah pakcikku (Nilai, N9) mengambil masa selama 30 minit, dan pada hari pertama itu kami terlibat dengan kesesakan lalu lintas menyebabkan aku lambat untuk sampai kesana dalam masa yang telah aku tetapkan. Rasa macam bos pula da tetapkan masa sendiri.

Namun Alhamdulillah, akhirnya kami sampai dengan selamatnya tanpa mengalami kesesatan. Sesampai di UPM dalam fikiran aku "wow, so big". Bila sampai rasa debaran di hati semakin menjadi jadi pula. Hati ni da kenapa nak sangat berdondang sayang tau la hari pertama pendaftaran duduk diam2 dalam tu da lah. Pendaftaran ja kot bukan kemuka pengadilan. Namun, itu la yang terjadi dan menyebabkan beberapa perkara terjadi dalam satu hari tu. Macam hari2 lain da tak boleh terjadi pula nak juga terjadi masa tu juga. Namun itu lah yang dipanggil takdir dan suratan dari Illahi. 

Semasa dalam perjalanan ke dewan pendaftaran (Dewan Putra 2) yang aku rasa memang jauh dari tempat pintu masuk menyebabkan aku mengumpat dalam hati. Dapat dosa secara percuma. Dalam perkiraan aku untuk sampai ke DP2 (singkatan kepada Dewan Putra 2) mengambil masa 5 minit berjalan kaki dengan menuruni satu bukit yang tidaklah securam Banjaran Crocker namun masih boleh menyebabkan belakang baju kurung aku basah dek peluh. Dengan semangat yang tinggi aku dan beberapa rakan yang memang aku kenali semasa belajar di Bintulu dulu melangkah masuk kedalam dewan tersebut. 

Namun dan namun, semasa hendak mendaftar aku mengalami masalah semua dokumen yang penting untuk diberikan semasa mendaftar tidak berada didalam sampul yang memang sengaja aku asingkan bagi memudahkan aku mencarinya apabila diperlukan. Takdir telah tercatit aku tidak menemui dokumen2 tersebut. Ah, dalam fikiranku mesti berada dalam beg galasku yang sengaja aku tiggalkan dalam kereta.
Dengan berbekal kata2 semangat, positif yang sengaja aku reka untuk menyedapkan dan menenangkan rasa dihati yang memang pada masa itu tidak keruan aku gagahkan juga kaki ku melangkah dan mendaki bukit untuk kembali ke kereta. Namun, sekali lagi aku kecewa kerana dokumen tersebut tidak berada di situ. Aku tetap berdoa semua itu hanya gurauan, hati ingin menangis namun pantas aku sedar hati tidak dapat mengeluarkan air mata. Beberapa kali aku berulang alik dari dewan ke kereta, sehinggalah pada satu saat, detik, masa aku telah memalukan diriku dihadapan orang. 

Perkara yang tidak disangka akan berlaku telah berlaku. Aku terlanggar atap bus stoppppppp!!!!! Ya Allah, sakit dapat malu pun dapat. Bagai pepatah sudah jatuh ditmpah tangga. Mungkin lepas kejadian itu, aku menjadi bualan mulut orang "new student telanggar bus stop". Sesiapa yang berada di tempat kes tersebut maaf sebab tercubit dan terpukul(mungkin). Itu adalah tindakan refleks yang dihantar oleh otak yang menyebabkan aku bertindak sedemikian rupa. 

Berbalik kepada kisah dokumen tersebut, sesampai ke DP2 aku dengan muka redha mula mencari semula dalam sampul dan semua dokumen tersebut sedang elok tersusun. Ya Allah, rasa nak mengamuk namun aku sedar ini adalah kesalahan diriku yang cuai dan senang mengelabah. Namun, aku bersyukur ke hadrat Illah. Mungkin berkat terlanggar atap bus stop dan benjol di dahi aku mula berfikir secara rasional. Akhirnya, aku berjaya mendaftar dan sah menjadi salah seorang mahasiswi Universiti Putra Malaysi. 

No comments:

Post a Comment